Farmasi i-SIHAT Sdn Bhd telah menjadi peneraju dalam industri farmaseutikal sejak penubuhannya pada tahun 2012. Dengan pasukan yang terdiri daripada 25 orang kakitangan yang berdedikasi, kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. Kini, kami bangga mempunyai dua cawangan besar di Seri Manjung, iaitu Manjung Point dan Taman Samudera, serta sebuah showroom Rehab yang menawarkan pelbagai produk kesihatan. Dengan komitmen untuk memenuhi keperluan pelanggan, kami beroperasi setiap hari termasuk hari cuti umum, dengan tempoh operasi sepanjang 12 jam sehari.
Pengiktirafan
Pengiktirafan sebagai Juara Anugerah Usahawan Popular 2019 dan 2022 bagi kategori Farmaseutikal adalah bukti pengiktirafan kepada usaha kami dalam membawa perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.